Thursday, 3 October 2019

JENAYAH KOLAR PUTIH

 
                                                                                                                                                                   
NO
NAMA AHLI KUMPULAN
NOMBOR MATRIKS
1.
NUR FATIN SABRINA BINTI MAHAZAN
10DIB18F2039
2.
SITI NURLIANI BINTI ISMAIL
10DIB18F2053
3.
NUR BALQIS ILYANI BINTI MAT ROBAT
1ODIB18F2066
4.
NUR ATHIRAH BINTI RUSLI
10DIB18F2019

 TAJUK:
 JENAYAH KOLAR PUTIH

NAMA PENSYARAH:
SITI NURFARHANA BINTI ZAKARIA

KELAS:
DIB2B

KOD KURSUS:
DUA2052 (PENGURUSAN DALAM ISLAM)



                    PENGENALAN
Pada zaman moden kini, kita semakin dibelenggu dengan jenayah yang melibatkan rasuah atau dalam erti kata lain jenayah kolar putih. Maksud jenayah kolar putih adalah jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.
Dalam pada itu, menurut kamus dewan edisi keempat, jenayah kolar putih merujuk kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh mereka yang bertugas dalam bidang pengurusan, dan biasannya oleh mereka yang memiliki kedudukan penting dalam sebuah organisasi. Menurut pakar Edwin Sutherland, mendefinisikan jenayah kolar putih sebagai perlakuan jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang dihormati dan berstatus tinggi dalam bidang kerjaya mereka. Beliau juga menyifatkan jenayah kolar putih sebagai “jenayah korporat”.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat empat kesalahan jenayah kolar putih yang utama iaitu meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahkan kedudukan atau jawatan. Di Malaysia, jenayah kolar putih ini mencatatkan sebanyak 24,023 ribu kes sepanjang tahun pada tahun 2010, meningkatkan sebanyak 168 peratus berbanding hanya 8,952 ribu kes pada tahun 2005.

i)                 Faktor-faktor yang mendorong Encik Razif untuk melakukan jenayah kolar putih.

Antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya jenayah kolar putih yang dilakukan oleh Encik Razif ialah nafsu tamak haloba manusia itu sendiri. Keinginan manusia yang inginkan kehidupan mewah atau status sosial yang tinggi telah menyebabkan berlakunya jenayah kolar putih. Hal ini berkait rapat dengan sikap mereka sendiri iaitu mementingkan kebendaan atau materialistik. Mereka berusaha melakukan apa jua cara agar keiinginan mereka dipenuhi termasuklah melakukan jenayah kolar putih.
Seterusnya, faktor kedua ialah kelonggaran undang-undang juga memainkan peranan penting dalam punca golongan ini melaukukannya. Terdapat banyak pesalah terlepas kerana tindakan tangkapan yang lewat. Rakyat tidak diberi pengajaran dan amaran terhadap kesalahan yang akan diulangi. Birokrasi yang ketat serta kelonggaran prosedur kerja juga salah satu punca. Ini disebabkan kerana kerajaan mempunyai banyak peringkat, pelanggan perlu mengikut prosedur yang tertentu supaya dapat berjumpa dengan ketua. Oleh itu, seseorang akan sanggup membayar lebih supaya dapat berjumpa terus dengan ketua tersebut untuk menyelesaikan sesuatu dokumen.

Dalam pada itu, faktor ketiga adalah jenayah ini dilakukan oleh gologan professional tanpa kekerasan sehingga kadangkala tidak dilihat sebagai suatu jenayah kerana ia dilakukan dengan sangat licik, teliti dan kreatif. Kebijaksanaan golongan yang terlibat ini telah disalahguna dengan “mengaburkan” kegiatan mereka. Contohnya, seorang akauntan boleh mengubah angka dalam laporan kewangan, syarikat besar menggunakan kuasa monopoli mereka untuk mengaut keuntungan melalui rasuah ketika memohon tender projek, malah ahli politik menyalahgunakuasa yang ada untuk mengambil kesempatan kepada pihak yang lemah.

Walaubagaimanapun, kepimpinan yang lemah juga berkait rapat dengan soal etika. Penekanan dan penerangan mengenai sosial etika dalam konteks pengurusan jarang dititikberatkan. Sebagai contoh, dari segi pengambilan kakitangan pihak pengurusan tidak memberi latihan yang sewajarnya yang tidak mengutamakan soal etika tetapi sebaliknya kakitangan hanya tertumpu kepada soal pengurusan semata-mata tanpa mengambil kira nilai dari segi etika dan isu moral. Dari sudut pembangunan sosial ekonomi, ia tidak seimbang dengan kerohanian pembangunan insaniah.


ii)               Tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap Encik Razif

Antara tindakan-tindakanyang boleh diambil terhadap oleh Encik Razif ialah pihak berkuasa seperti SPRM dan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terhadap Encik Razif dan kemudian mengambil tindakan selanjutnya. Jika Encik Razif didapati bersalah, Encik Razif akan dijatuhi hukuman penjara dan denda atau kedua-duanya sekali. Kemudian, Enci Razif akan dilucutkan jawatan di dalam syarikatnya. Hukuman berat itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada pesalah, malah menjadi amaran kepada yang lain agar tidak sesekali melakukannya.
Selain itu, untuk membendung masalah tersebut, organisasi dan jabatan yang mudah terdedah kepada salahlaku jenayah kolar putih harus dikawal dengan ketat. Sebagai contoh, segala kelonggaran prosedur kerja yang mungkin boleh menyebabkan jenayah kolar putih haruslah diketatkan.
Dalam pada itu, bagi agensi kerajaan yang mungkin terdedah kepada jenayah kolar putih, pegawai atasan mahupun pegawai bawahan perlu dikawal oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Seterusnya, harta kakitangan kerajaan seperti JPJ dan anggota polis perlu diisytiharkan.
Dalam institusi kewangan pula, segala kelemahan pengaliran wang yang banyak perlu dikawal. Pegawai bawahan bank tidak harus diberi kuasa untuk mengeluarkan wang yang banyak. Lazimnya, penjenayah kolar putih mahir dalam bidang mereka. Peguam yang mahir dengan undang-undang dan akauntan yang bijak memanipulasikan akaun cenderung untuk melakukan jenayah kolar putih. Oleh itu, penipuan dan penyelewangan mereka amat halus dan licik yang sukar dikesan. Dalam siasatan kes sebegini, kita memerlukan pakar dalam bidang berkaitan. Pegawai siasatan polis dan pegawai SPRM yang pakar dalam bidang ekonomi, perakaunan dan perundangan harus ditambah. 


iii)             Kesan-kesan akibat daripada perbuatan Encik Razif

Antara kesan-kesan akibat daripada perbuatan Encik Razif adalah akan dipandang hina oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana rasuah atau jenayah kolar putih merupakan satu perbuatan yang sangat dilarang oleh agama. Ini juga boleh menyebabkan keluarga beliau akan dicemuh dan akan dipulaukan oleh jiran-jiran dan masyarakat setempat. Apabila seseorang itu menjadikan jenayah kolar putih itu sebagai perkara biasa, sudah tentu amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Selain itu, ia akan menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Oleh itu, pentadbiran sesebuah negara akan menjadi kucar-kacir. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut.
Tambahan pula, kepercayaan kepimpinan negara akan tergugat. Hal ini akan menyebabkan rakyat sukar untuk mempercayai kepimpinan negara. Sebagai contoh, kontraktor yang menyongok pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak projek pembangunan, peluang dan hak kontraktor lain dinafikan. Pembangunan negara dan kebajikan rakyat akan terjejas. Seterusnya, akan melemahkan pentadbiran negara kerana berlakunya pembaziran wang rakyat kerana kegagalan sesuatu projek yang tidak mematuhi peraturan dan piawaian akibat sogokan menyebabkan keselamatan rakyat akan terancam. Hal ini akan menyebabkan pelabur asing akan menjauhkan diri daripada Malaysia. Ini akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran.
Selain itu, pemasalahan gejala sosial juga akan bertambah. Gejala sosial akan menjahanamkan keamanan dan keharmonian sosial. Jika pegawai jabatan imegresen menerima rasuah, kadar jenayah akan mencapai aras yang bahaya. Seterusnya, ini akan menyebabkan kemasukkan pendatang tanpa izin berleluasa akan meningkatkan kadar jenayah. Hal yang demikian akan menyebabkan rakyat tempatan terdedah kepada jenayah curi, diragut dan dibunuh. Kemasukan pendatang tanpa prosedur yang betul akan menyebabkan menularnya penyakit yang merbahaya yang berasal daripada negara yang lain. Misalnya, seorang doktor, jika disogok untuk meluluskan kesihatan warga asing, membawa penyakit yang merbahaya akan memasuki negara. Ini akan menyebabkan kesihatan dan kebajikan rakyat akan bertambah.


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, semua pihak mestilah komited dan mengambil tindakan yang tegas untuk menangani jenayah kolar putih. Dengan itu dapatlah diwujudkan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.Seterusnya ialah faktor kurangnya ilmu agama yang menjadikan seseorang itu melakukan kesalahan yang amat dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Baqarah 2:118, Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu yang batil dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (ia salah). Seterusnya ialah faktor kurangnya ilmu agama yang menjadikan seseorang itu melakukan kesalahan yang amat dilaknat oleh Allah S.W.T dan rasulnya. Allah S.W.T berfirman dalam Surahal-Baqarah 2:118, dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu yang batil dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (ia salah). Jenayah-jenayah yang tergolong dalam jenayah kolar putih adalah melibatkan wang dan jenayah seperti ini amat sensitif bagi masyarakat kita. Namun, kerana kurang dan tipisnya keimanan menyebabkan ramai yang terpengaruh dengan kekuasaan wang ringgit dan seterusnya terlibat dalam jenayah ini. Faktor-faktor yang menyebabkan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan dan pegawai swasta perlulah dikesan dengan awal supaya langkah-langkah yang lebih efektif dapat dilakukan dan diambil untuk membendung gejala tersebut.


RUJUKAN

4. http://jenayahkolarputih.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

JENAYAH KOLAR PUTIH

                                                                                                                                         ...