NO
|
NAMA
AHLI KUMPULAN
|
NOMBOR
MATRIKS
|
1.
|
NUR FATIN SABRINA BINTI MAHAZAN
|
10DIB18F2039
|
2.
|
SITI NURLIANI BINTI ISMAIL
|
10DIB18F2053
|
3.
|
NUR BALQIS ILYANI BINTI MAT ROBAT
|
1ODIB18F2066
|
4.
|
NUR ATHIRAH BINTI RUSLI
|
10DIB18F2019
|
TAJUK:
JENAYAH KOLAR PUTIH
NAMA PENSYARAH:
SITI NURFARHANA BINTI ZAKARIA
KELAS:
DIB2B
KOD KURSUS:
DUA2052 (PENGURUSAN DALAM ISLAM)
PENGENALAN
Pada zaman moden kini, kita semakin dibelenggu dengan jenayah yang melibatkan rasuah atau dalam erti kata lain jenayah kolar putih. Maksud jenayah kolar putih adalah jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.Dalam pada itu, menurut kamus dewan edisi keempat, jenayah kolar putih merujuk kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh mereka yang bertugas dalam bidang pengurusan, dan biasannya oleh mereka yang memiliki kedudukan penting dalam sebuah organisasi. Menurut pakar Edwin Sutherland, mendefinisikan jenayah kolar putih sebagai perlakuan jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang dihormati dan berstatus tinggi dalam bidang kerjaya mereka. Beliau juga menyifatkan jenayah kolar putih sebagai “jenayah korporat”.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat empat kesalahan jenayah kolar putih yang utama iaitu meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahkan kedudukan atau jawatan. Di Malaysia, jenayah kolar putih ini mencatatkan sebanyak 24,023 ribu kes sepanjang tahun pada tahun 2010, meningkatkan sebanyak 168 peratus berbanding hanya 8,952 ribu kes pada tahun 2005.
i) Faktor-faktor yang mendorong Encik Razif
untuk melakukan jenayah kolar putih.
Antara faktor-faktor
yang mendorong berlakunya jenayah kolar putih yang dilakukan oleh Encik Razif
ialah nafsu tamak haloba manusia itu sendiri. Keinginan manusia yang inginkan
kehidupan mewah atau status sosial yang tinggi telah menyebabkan berlakunya
jenayah kolar putih. Hal ini berkait rapat dengan sikap mereka sendiri iaitu
mementingkan kebendaan atau materialistik. Mereka berusaha melakukan apa jua
cara agar keiinginan mereka dipenuhi termasuklah melakukan jenayah kolar putih.
Seterusnya, faktor
kedua ialah kelonggaran undang-undang juga memainkan peranan penting dalam
punca golongan ini melaukukannya. Terdapat banyak pesalah terlepas kerana
tindakan tangkapan yang lewat. Rakyat tidak diberi pengajaran dan amaran
terhadap kesalahan yang akan diulangi. Birokrasi yang ketat serta kelonggaran
prosedur kerja juga salah satu punca. Ini disebabkan kerana kerajaan mempunyai
banyak peringkat, pelanggan perlu mengikut prosedur yang tertentu supaya dapat
berjumpa dengan ketua. Oleh itu, seseorang akan sanggup membayar lebih supaya
dapat berjumpa terus dengan ketua tersebut untuk menyelesaikan sesuatu dokumen.
Dalam pada itu, faktor ketiga
adalah jenayah ini dilakukan oleh gologan professional tanpa kekerasan sehingga
kadangkala tidak dilihat sebagai suatu jenayah kerana ia dilakukan dengan
sangat licik, teliti dan kreatif. Kebijaksanaan golongan yang terlibat ini
telah disalahguna dengan “mengaburkan” kegiatan mereka. Contohnya, seorang
akauntan boleh mengubah angka dalam laporan kewangan, syarikat besar
menggunakan kuasa monopoli mereka untuk mengaut keuntungan melalui rasuah
ketika memohon tender projek, malah ahli politik menyalahgunakuasa yang ada
untuk mengambil kesempatan kepada pihak yang lemah.
Walaubagaimanapun, kepimpinan yang
lemah juga berkait rapat dengan soal etika. Penekanan dan penerangan mengenai
sosial etika dalam konteks pengurusan jarang dititikberatkan. Sebagai contoh,
dari segi pengambilan kakitangan pihak pengurusan tidak memberi latihan yang
sewajarnya yang tidak mengutamakan soal etika tetapi sebaliknya kakitangan
hanya tertumpu kepada soal pengurusan semata-mata tanpa mengambil kira nilai
dari segi etika dan isu moral. Dari sudut pembangunan sosial ekonomi, ia tidak
seimbang dengan kerohanian pembangunan insaniah.
ii) Tindakan-tindakan yang boleh diambil
terhadap Encik Razif
Antara tindakan-tindakanyang
boleh diambil terhadap oleh Encik Razif ialah pihak berkuasa seperti SPRM dan
dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terhadap Encik
Razif dan kemudian mengambil tindakan selanjutnya. Jika Encik Razif didapati
bersalah, Encik Razif akan dijatuhi hukuman penjara dan denda atau kedua-duanya
sekali. Kemudian, Enci Razif akan dilucutkan jawatan di dalam syarikatnya.
Hukuman berat itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada pesalah, malah menjadi
amaran kepada yang lain agar tidak sesekali melakukannya.
Selain itu, untuk
membendung masalah tersebut, organisasi dan jabatan yang mudah terdedah kepada
salahlaku jenayah kolar putih harus dikawal dengan ketat. Sebagai contoh,
segala kelonggaran prosedur kerja yang mungkin boleh menyebabkan jenayah kolar
putih haruslah diketatkan.
Dalam pada itu, bagi
agensi kerajaan yang mungkin terdedah kepada jenayah kolar putih, pegawai
atasan mahupun pegawai bawahan perlu dikawal oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia (SPRM). Seterusnya, harta kakitangan kerajaan seperti JPJ dan anggota
polis perlu diisytiharkan.
Dalam institusi kewangan pula,
segala kelemahan pengaliran wang yang banyak perlu dikawal. Pegawai bawahan
bank tidak harus diberi kuasa untuk mengeluarkan wang yang banyak. Lazimnya,
penjenayah kolar putih mahir dalam bidang mereka. Peguam yang mahir dengan undang-undang
dan akauntan yang bijak memanipulasikan akaun cenderung untuk melakukan jenayah
kolar putih. Oleh itu, penipuan dan penyelewangan mereka amat halus dan licik
yang sukar dikesan. Dalam siasatan kes sebegini, kita memerlukan pakar dalam
bidang berkaitan. Pegawai siasatan polis dan pegawai SPRM yang pakar dalam
bidang ekonomi, perakaunan dan perundangan harus ditambah.
iii) Kesan-kesan akibat daripada perbuatan
Encik Razif
Antara kesan-kesan
akibat daripada perbuatan Encik Razif adalah akan dipandang hina oleh
masyarakat. Hal ini demikian kerana rasuah atau jenayah kolar putih merupakan
satu perbuatan yang sangat dilarang oleh agama. Ini juga boleh menyebabkan
keluarga beliau akan dicemuh dan akan dipulaukan oleh jiran-jiran dan
masyarakat setempat. Apabila seseorang itu menjadikan jenayah kolar putih itu
sebagai perkara biasa, sudah tentu amalan ini akan merebak dan mempengaruhi
orang lain. Selain itu, ia akan menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan
ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Oleh itu,
pentadbiran sesebuah negara akan menjadi kucar-kacir. Malahan, hubungan
dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas
teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut.
Tambahan pula,
kepercayaan kepimpinan negara akan tergugat. Hal ini akan menyebabkan rakyat
sukar untuk mempercayai kepimpinan negara. Sebagai contoh, kontraktor yang
menyongok pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak projek pembangunan,
peluang dan hak kontraktor lain dinafikan. Pembangunan negara dan kebajikan rakyat
akan terjejas. Seterusnya, akan melemahkan pentadbiran negara kerana berlakunya
pembaziran wang rakyat kerana kegagalan sesuatu projek yang tidak mematuhi
peraturan dan piawaian akibat sogokan menyebabkan keselamatan rakyat akan
terancam. Hal ini akan menyebabkan pelabur asing akan menjauhkan diri daripada
Malaysia. Ini akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran.
Selain itu, pemasalahan gejala
sosial juga akan bertambah. Gejala sosial akan menjahanamkan keamanan dan
keharmonian sosial. Jika pegawai jabatan imegresen menerima rasuah, kadar
jenayah akan mencapai aras yang bahaya. Seterusnya, ini akan menyebabkan
kemasukkan pendatang tanpa izin berleluasa akan meningkatkan kadar jenayah. Hal
yang demikian akan menyebabkan rakyat tempatan terdedah kepada jenayah curi,
diragut dan dibunuh. Kemasukan pendatang tanpa prosedur yang betul akan
menyebabkan menularnya penyakit yang merbahaya yang berasal daripada negara
yang lain. Misalnya, seorang doktor, jika disogok untuk meluluskan kesihatan
warga asing, membawa penyakit yang merbahaya akan memasuki negara. Ini akan
menyebabkan kesihatan dan kebajikan rakyat akan bertambah.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, semua pihak
mestilah komited dan mengambil tindakan yang tegas untuk menangani jenayah
kolar putih. Dengan itu dapatlah diwujudkan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.Seterusnya ialah faktor kurangnya ilmu agama yang menjadikan seseorang itu melakukan kesalahan yang amat dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Baqarah 2:118, Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu yang batil dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (ia salah). Seterusnya ialah faktor kurangnya ilmu agama yang menjadikan seseorang itu melakukan kesalahan yang amat dilaknat oleh Allah S.W.T dan rasulnya. Allah S.W.T berfirman dalam Surahal-Baqarah 2:118, dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu yang batil dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (ia salah). Jenayah-jenayah yang tergolong dalam jenayah kolar putih adalah melibatkan wang dan jenayah seperti ini amat sensitif bagi masyarakat kita. Namun, kerana kurang dan tipisnya keimanan menyebabkan ramai yang terpengaruh dengan kekuasaan wang ringgit dan seterusnya terlibat dalam jenayah ini. Faktor-faktor yang menyebabkan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan dan pegawai swasta perlulah dikesan dengan awal supaya langkah-langkah yang lebih efektif dapat dilakukan dan diambil untuk membendung gejala tersebut.
RUJUKAN
3. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/06/17/jenayah-kolar-putih-boleh-jejas-ekonomi-negara--kpn
4. http://jenayahkolarputih.blogspot.com/